Mommy Pinky's BB

Posted by Mommy Pinky On September 18,2010

..Terima kasih buat semua kawan-kawan yang sudah pun mengucapkan tahniah menerusi blog ini, facebook atau melalui entry kalian. Percayalah, korang memang pandai buat aku terharu. Ngeh-ngeh. Ok, hari ni update sikit je, nak taip panjang-panjang macam tak sempat je.....

BB Girl @ BB Boy? Akhirnya terjawab sudah..

Posted by Mommy Pinky On August 03,2010

..Susah sangat nak dapat kan gambar ni tau, sebab nya BB asyik tutup muka dengan tangan dia. Lepas tu siap sembunyi kepala belakang uri lagi. Jenuhla kami semua bercakap-cakap dengan BB suruh dia alih tangan. Lepas dah alih tangan, dia tutup muka dengan kaki pula. Hehe. Nasib baik staff tu ok. Sanggup menunggu. Memang lama giler. Hehe....

Tendangan pertama si comel..!! ;)

Posted by Mommy Pinky On May 21,2010

..Semalam lepas memasak, jam di ruang tamu dah menunjukkan waktu 08.00 p.m. Rilek-rilek jap atas katil. Penat berdiri tadi. Biey teman kejap je, lepas tu dia pergi mandi. Masa tu, aku dah rasa perut ni macam berdenyut-denyut belah kiri. Aku biar je. Lama-lama makin aktif plak. Aku tengok perut lama-lama sket, nampak perut ni bergerak-gerak macam kena tendang dari dalam. Terbonjol-bonjol perut aku ni. Hihi....

Signs of Pregnancy

Posted by Mommy Pinky On December 31,2009

.."Ada kemungkinan mengandung? Lagi bagus kalau cek dulu. Kalau tak kita anggap mengandung je sebab untuk orang mengandung, tak semua ubat dibenarkan" (aku pandang biey, biey pandang aku) Akhirnya, biey suruh buat je ujian kehamilan tu. Alang-alang kan.. Then minah misi tu pun bagi la aku satu botol cute. Cute la sangat. Pasrah...

Kakak Sayang Adik, Tuhan Lebih Sayangkan Adik..

Posted by Mommy Pinky On May 29,2009

"Adik, cepat salam. Kakak nak balik dah,” tangan kuhulur kepada adik yang asyik menonton rancangan kartun kegemarannya. Cukup 2 hari berada di rumah, tibalah masa untuk kembali pulang ke Kuala Lumpur..

12.31.2009

Signs of Pregnancy

Semua orang sibuk cerita pasal azam baru. Aku rasa macam tak de azam pun tahun nie. Hee..bunyi macam malas je. Sebenarnya, azam tahun lepas pun banyak lagi yang tak tertunai. Lagi-lagi bab diet nie. Isyh, malas pulak nak cerita bab diet, kang panjang lebar plak. Tutup weh. Tutup.

Sebenarnya aku malas ha..kan dah kata, memang malas budak nih! nak update entry sekarang nie. Tapi memandangkan hari ni merupakan hari penutup bagi 2009 rasa macam tak sedap pulak kalau tak de entry ek? Lagi pun banyak benda aku nak cerita pada Mr. Diary online ku ini. Huhu. Tak pe, demi mu incik blog, aku gagahi jua. Gila pe.

Hari Rabu baru nie, perut aku buat hal. Sejak di ofis lagi. Sakitnya mencucuk-cucuk. Isyh. Tapi aku tahan je, selagi boleh tahan kan. Dalam lrt, sekali lagi perut meragam. Bukan nak memerut, ok. Tapi rasa bagai dicucuk-cucuk. Eh, tadi dah beritahu. Entahla, tak tau nak describe terangkan macam mana dah, tapi memang buat mataku bergenang-genang. Balik rumah terus terbongkang atas katil. Huhu. Mak..

Malam tu, aku pasrah tak dapat online kerja wajib setiap kali balik kerja. Biey je seronok online, update blog, layan bola ++ main game ikan di facebook (sudah semestinya). Huh. Sengaja aku merengek-rengek beberapa kali minta belas & perhatian. Kemudian, barula biey jenguk-jenguk bininya ini. Isk. Lepas tu biey masak air. Eh, nak buat ape tu? Tunggu punya tunggu, tertido. Tak lama lepas tu, biey datang bawakan benda alah nie letak kat pewott aku. Huhu. Selesa la plak. Tertido lagi.

Benda alah nie la. Namanya Hot Water Bag, ok

Tapi, malam tu aku terbangun beberapa kali. Kesakitan. Setiap kali terbangun, biey pun terbangun juga. Malam tu suhu badan pun meningkat. Demam ke? Biey pun semakin risau sebab suhu badan aku yang sangat panas. Biey kata, esok kena pergi klinik.

suhu badan aku tak sampai macam nie pun. heheh

Esoknya, tak larat nak pergi kerja, tapi kunci ofis kat aku, nak tak nak, kena singgah ofis jap. Risau semua tak dapat masuk ofis. Perut dah ok sikit. Pergi je la. Biey tolong hantar. Biey pun ambil emergency leave tak pasal-pasal. Sampai sana, la...pintu dah terbuka dah. Siapa la yang buka ek?

Lepas tu, terus bertolak ke Klinik KITA. Macam biasa, bila dah sampai klinik, automatik aku sihat dan segar bugar. Haih. Harap-harap doktor tak kata aku menipu untuk dapatkan mc Tuih. Agak lama menunggu. Rasa nak lari. Tak suke jumpa doktor. Tak lama lepas tu, sampai nombor giliran aku, no. 7. Nasib baik biey sentiasa teman. Hehe.

Doktor pun tengok muka aku.
Sengaja aku buat macam tak bermaya.
Serius, rasa dah sihat masa nih!

"Ada ape masalah?"
(ayat doktor dari dulu sampai sekarang)
"Ek..sakit perot"
(huhuhu...)
"Hmm...sakit perut yang macam mana tu?
(susahnye soklan!)
"Dari semalam sakit perot, em..em....."

Ntah macam mana dari cara aku cerita, doktor pun usha satu kalender berbentuk bulat.

"Ada kemungkinan mengandung? Lagi bagus kalau cek dulu. Kalau tak kita anggap mengandung je sebab untuk orang mengandung, tak semua ubat dibenarkan"
(aku pandang biey, biey pandang aku)


Akhirnya, biey suruh buat je ujian kehamilan tu. Alang-alang kan.. Then minah misi tu pun bagi la aku satu botol cute. Cute la sangat. Pasrah.

Botol itu. Untuk ape tah.Ngee~

Kemudian, kami menunggu lagi. Huhuh. Penat + gelisah + berdebar2, mungkin. Eceh.



Tak lama lepas tu, lagi sekali nombor aku dipanggil. Tak sabar-sabar aku tanya, ade berita gembira ke? Ngeh2. Doktor kata belum masanya lagi. Haha. Suspen je la doktor ni. Lepas tu, doktor tu siap ajar aku lagi cane nak test sendiri lain kali. Doktor tu kata lepas nie, dalam dua minggu baru tau confirm ada MyEm0.Com dalam pewot atau tidak. Hehe. Anggap je ada boleh?


P/s: Lama juga nak tunggu dua minggu ek. Tak nak mengharap, tapi biey kata tak salah mengharap. Hehe. Nanti boleh la aku teka lelaki ke perempuan ek..Wink~





3 cupids:

Nukilan Gadis Kampung said...

nice blog...saya suka blog awak....

Mommy Pinky said...

@Nukilan Gadis Kampung
Teima kasih..sgt bermakna ayat tu..huhuh~ (T_T)terharu..

Miss Lalola said...

cik mommy..opss...puan mommy pinky....sweet cngt lah bloq u....skew cngt2...ngeh3!!

Note: Only a member of this blog may post a comment.