Mommy Pinky's BB

Posted by Mommy Pinky On September 18,2010

..Terima kasih buat semua kawan-kawan yang sudah pun mengucapkan tahniah menerusi blog ini, facebook atau melalui entry kalian. Percayalah, korang memang pandai buat aku terharu. Ngeh-ngeh. Ok, hari ni update sikit je, nak taip panjang-panjang macam tak sempat je.....

BB Girl @ BB Boy? Akhirnya terjawab sudah..

Posted by Mommy Pinky On August 03,2010

..Susah sangat nak dapat kan gambar ni tau, sebab nya BB asyik tutup muka dengan tangan dia. Lepas tu siap sembunyi kepala belakang uri lagi. Jenuhla kami semua bercakap-cakap dengan BB suruh dia alih tangan. Lepas dah alih tangan, dia tutup muka dengan kaki pula. Hehe. Nasib baik staff tu ok. Sanggup menunggu. Memang lama giler. Hehe....

Tendangan pertama si comel..!! ;)

Posted by Mommy Pinky On May 21,2010

..Semalam lepas memasak, jam di ruang tamu dah menunjukkan waktu 08.00 p.m. Rilek-rilek jap atas katil. Penat berdiri tadi. Biey teman kejap je, lepas tu dia pergi mandi. Masa tu, aku dah rasa perut ni macam berdenyut-denyut belah kiri. Aku biar je. Lama-lama makin aktif plak. Aku tengok perut lama-lama sket, nampak perut ni bergerak-gerak macam kena tendang dari dalam. Terbonjol-bonjol perut aku ni. Hihi....

Signs of Pregnancy

Posted by Mommy Pinky On December 31,2009

.."Ada kemungkinan mengandung? Lagi bagus kalau cek dulu. Kalau tak kita anggap mengandung je sebab untuk orang mengandung, tak semua ubat dibenarkan" (aku pandang biey, biey pandang aku) Akhirnya, biey suruh buat je ujian kehamilan tu. Alang-alang kan.. Then minah misi tu pun bagi la aku satu botol cute. Cute la sangat. Pasrah...

Kakak Sayang Adik, Tuhan Lebih Sayangkan Adik..

Posted by Mommy Pinky On May 29,2009

"Adik, cepat salam. Kakak nak balik dah,” tangan kuhulur kepada adik yang asyik menonton rancangan kartun kegemarannya. Cukup 2 hari berada di rumah, tibalah masa untuk kembali pulang ke Kuala Lumpur..

5.21.2010

Tendangan pertama si comel..!! ;)

comelnya kaki baby..geram tengok!! XD

Wah, excited giler nieyh!!

Align Center

Sorry la, kalau ayat berterabur sikit hehe..Memang sangat excited ni..Mungkin akan ada yang pelik sebab aku pernah cakap aku pernah rasa tendangan BB.

Yup, anda betul. Tak salah langsung. Tapi tendangan tu, lebih kepada rasa berdenyut-denyut, kadang-kadang rasa macam vibrate, tak pun rasa macam kebas di perut. Itu pun, sekejap-sekajap je. Aku sendiri tak pasti sama ada itu memang tendangan si comel kat dalam perut atau tidak.

Aku pernah mengutarakan persoalan ni di facebook tau. Tanya member2 aku, sapa yang berpengalaman la..Yang tak de pengalaman tu sengal la plak kalau menjawab. Heh. So, aku tanya, macam mana rasanya baby tendang-tendang tu. Hehe. Yang paling aku ingat, kak Ida kata, rasa macam ada rama-rama dalam perut. Hehe. Macam comel je.

Hari tu buat check up di klinik, nurse ada tanya baby dah start tendang-tendang ke. Aku geleng je. Dia kata rasa denyut-denyut pun tak de? Aku kata jarang sangat. So, nurse tu beritahu paling lewat pun bila usia kandungan 27 minggu. Sebab bagi baby pertama, ibu kurang sensitif selalunya. Ye la tu, aku nie jenis perut tebal, tu yang tak perasan tu - member aku yang cakap. Cis kau.

Bagi kandungan yang ke-2, ke-3 dan seterusnya kadang-kadang minggu ke 16 pun ibu dah boleh rasa tendangan si kecil kat dalam perut. Huh, jauh beza betul ek.

Semalam lepas memasak, jam di ruang tamu dah menunjukkan waktu 08.00 p.m. Rilek-rilek jap atas katil. Penat berdiri tadi. Biey teman kejap je, lepas tu dia pergi mandi. Masa tu, aku dah rasa perut ni macam berdenyut-denyut belah kiri. Aku biar je. Lama-lama makin aktif plak. Aku tengok perut lama-lama sket, nampak perut ni bergerak-gerak macam kena tendang dari dalam. Terbonjol-bonjol perut aku ni. Hihi.


terjumpa pic ni, menarik kan? heh

Apelagi, aku pun jerit-jerit panggil biey. Haisyh, sayangnya biey tak dengar aku panggil. Bila biey masuk bilik, excited la mulut aku bercerita. Biey pegang perut, senyap pula BB ni. Isyh.


Lepas solat, aku gi bilik depan main pc jap. Biey kata dia baru install game cute yang baru. Ala-ala diner dash. Favourite game aku tu. Ngee. Sepanjang aku main game BB pun sibuk juga tendang-tendang perut ni. Hehe.

Lepas tu, aku online jap. Cek email, cek blog, tengok facebook. Masa ni BB dah senyap dah. Penat duduk, aku pun masuk bilik. Rilek-rilek jap tengok tv dengan biey. Biey pegang perut, masih tak de tendang-tendang.

"Biey cakap-cakap la dengan BB, nanti BB baru tendang"

Saje aku suggest gitu bila biey buat-buat muka sedih. Kononnya aku pakat ngan BB tak mo bagi dia rasa tendangan cute la tu. Haisyh. Biey pun mula la berbual-bual ngan BB. 2, 3 kali BB tendang balik. Kali pertama tu, biey ingat aku yang saje gerak-gerak perut.

Dush kali kedua, sama-sama kami terdiam. Hehe. Makin pandai BB nie ye. Nak ajak main la tu. Happy giler nie, tak tau nak cakap macam mana lagi. Tanpa disedari, air mata kegembiraan membasahi pipi. Ececeh. Penat main dengan perut akhirnya tertido, nasib baik terbangun awal pagi tadi. Lupa nak set alarm :)

http://emo.huhiho.com
Sepanjang hari ni, BB asyik tendang-tendang je. Aktif betul ni. I'm happy. TQ sapa yang sudi baca. Wink2~ ;)


31 cupids:

AinZa said...

seronoknye!!!! tumpang gembira :)

ch@ said...

nanti masa dia lagi besar, ha asyiklah dia tendang mummy dia :D

En iLham said...

haha.comel gile...mesti seronok main tendang2 ngan bb..nant dah besar boleh main bola ngan daddy pulak.haha

singgah pula ke KAU ILHAMKU
KHAS UNTUK GENGBLOGGER

Mommy Pinky said...

tQ Ainza..hehe..ni bakal aunty nih..ececeh

Mommy Pinky said...

ch@, bestnya, tak sabar nk tunggu saat tu..sekarang kadang2 dia aktif, kadang2 senyap je..tido kot..hihi XD

Mommy Pinky said...

En. ilham, mmg seronok..erk, bb girl mana bley main bola sepak..tak manis ;p

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Mmg excitedkan merasa tendangan pertama BB..sgt teruja.. :)

Mommy Pinky said...

LiLy @ MumMyQiStInA, tu la..tak terluah dengan kata-kata..hihi..rasa nk btau sume orang tapi kang org kata tak betul plak ;p

fatin hanani said...

kak suka dengar cita ni menarik sgt hihi
sweet sgt
fatin suka budak2
hehe
tp fatin da sowg ja adik
adik laki
x best...fatin nak adik pmpuan huhu swg ja girl lam fmily hehe
bila soh mama lahir lagi
kak tau x mama kata pa..
kamu ingt seng nak besalin haha
kamu la lahir haha haishh mama ni hahaha
btw...smga dpt baby cute.....:D

MAMA AIZARA said...

teringat masa pregnant dulu.....
bila bby main aktif bergerak, sy letak remote control astro atas perut supaya hubby leh perasan bby bergerak...
xyah nak kasi tau kt hubby...
bila bby aktif sgt bergerak remote pn leh jatuh dr perut...
hi3...

Mommy Pinky said...

tQ fatin,
Yeker? Laa…sama la kita, kak zana dulu suke sangat kalau mak pregnant. Kalau adik y kecik tu dah besar sikit je, mula la request kat mak, nak adik kecik lagi..hehe

dapat adik lain perasaannya, dapat bb sendiri mesti la lagi lain..tapi dua-dua pun kak zana suke.. XD

Mommy Pinky said...

MAMA AIZARA, wah menarik gak idea tu..hehe...nanti nak cuba lah..aktif betul tu XD

Sricahaya said...

mmg sonok rasanya bila rasa tendangan bb yg pertama..teruja sesangat...rindunya nak rasa tendangan bb... :)

Mommy Pinky said...

Sricahaya, sekarang pun dah rasa rindu, nape dah tak tendang2 ni..lebih aktif wktu malam nampaknya :)

aesthetic said...

rse cm butterfly in my stomach...comelnya...^^
x sbr nk tggu bb lahir...

Mommy Pinky said...

aesthetic, hihi..tu la,comel kan. tak sabar nk tggu bb lahir, boleh teman mama dia selalu.. :)

zack zukhairi said...

die da tak sabaq nak kuaq da tu.
:) da besaq mesti terer main bola.

Mommy Pinky said...

zack, ang jangan..bb girl nih XD

uwmaisarah said...

haha...bb girl men bola...comel2..
thniah kak zana~

Mommy Pinky said...

comel ke Sarah? hehe..ape2 la ;)
tQ, Sarah..

p/s: nnt bagi kak Zana address baru ek..rumah lama kak Zana igt lg, y baru tu tak igt la :p

sirna said...

Yang denyut-denyut tu quickening namanya..nanti lepas dah masuk 3rd trimester mesti rajin2 kira baby gerak ya

Semoga semuanya selamat...

Sya Syazana said...

comelnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Mommy Pinky said...

sirna, terima kasih ;)
memang tengah pening ni..hari tu nurse suruh kira tendangan bb setiap hari. tp beritahu kat dia, jarang sgt bb bergerak..

rupanya bila dah masuk trimester ke 3 ek..ooo..terima kasih :))

Mommy Pinky said...

Sya Syazana, kak zana ke y comel tu? hihi ;p

Nadiah Sidek said...

mmg excited kan rasa baby tendang. rindu pulak nak rasa tendangan baby dlm perut ^^

Mommy Pinky said...

Nadiah, ye..hari2 rindu nk rasa tendangan tu :)

Umi Nuha said...

comelnya!!!!!!!!!!!!baca entry pun saya senyum2...
masa Nuha dalam perut dulu kitorg siap dpt tangkap kaki ke siku tak tau lah..

Mommy Pinky said...

wah,yeker boleh tangkap2 gitu?!!! bestnyer! XD

ibunafis said...

heee..cute story..bb mommy pinky ada respon ye ngan mak abah dia,bestnye..xsbr dia nk kuar tu..

Mommy Pinky said...

hehe, ye kot...kitorang berdua pun dh tak sabar nk tgk dia lhir, walaupun rasa takut (+_+")

Anonymous said...

so sweet...xsabar rasa nak alami sweet moment mcm awak...