Mommy Pinky's BB

Posted by Mommy Pinky On September 18,2010

..Terima kasih buat semua kawan-kawan yang sudah pun mengucapkan tahniah menerusi blog ini, facebook atau melalui entry kalian. Percayalah, korang memang pandai buat aku terharu. Ngeh-ngeh. Ok, hari ni update sikit je, nak taip panjang-panjang macam tak sempat je.....

BB Girl @ BB Boy? Akhirnya terjawab sudah..

Posted by Mommy Pinky On August 03,2010

..Susah sangat nak dapat kan gambar ni tau, sebab nya BB asyik tutup muka dengan tangan dia. Lepas tu siap sembunyi kepala belakang uri lagi. Jenuhla kami semua bercakap-cakap dengan BB suruh dia alih tangan. Lepas dah alih tangan, dia tutup muka dengan kaki pula. Hehe. Nasib baik staff tu ok. Sanggup menunggu. Memang lama giler. Hehe....

Tendangan pertama si comel..!! ;)

Posted by Mommy Pinky On May 21,2010

..Semalam lepas memasak, jam di ruang tamu dah menunjukkan waktu 08.00 p.m. Rilek-rilek jap atas katil. Penat berdiri tadi. Biey teman kejap je, lepas tu dia pergi mandi. Masa tu, aku dah rasa perut ni macam berdenyut-denyut belah kiri. Aku biar je. Lama-lama makin aktif plak. Aku tengok perut lama-lama sket, nampak perut ni bergerak-gerak macam kena tendang dari dalam. Terbonjol-bonjol perut aku ni. Hihi....

Signs of Pregnancy

Posted by Mommy Pinky On December 31,2009

.."Ada kemungkinan mengandung? Lagi bagus kalau cek dulu. Kalau tak kita anggap mengandung je sebab untuk orang mengandung, tak semua ubat dibenarkan" (aku pandang biey, biey pandang aku) Akhirnya, biey suruh buat je ujian kehamilan tu. Alang-alang kan.. Then minah misi tu pun bagi la aku satu botol cute. Cute la sangat. Pasrah...

Kakak Sayang Adik, Tuhan Lebih Sayangkan Adik..

Posted by Mommy Pinky On May 29,2009

"Adik, cepat salam. Kakak nak balik dah,” tangan kuhulur kepada adik yang asyik menonton rancangan kartun kegemarannya. Cukup 2 hari berada di rumah, tibalah masa untuk kembali pulang ke Kuala Lumpur..

12.18.2010

First Time Masak Ketam

Semalam aku ada appointment kat klinik. Sekejap je pun. Sempat la juga mengepam susu 10 minit sebelum pergi klinik. Senang sikit time BB nangis nanti boleh juga biey sumbat botol. Takut-takut lama ke nak jumpa doktor kan. Sampai sana, macam biasa tak de tempat parking. Huh. So, terpaksa la bawa Irdina masuk klinik dulu sementara tunggu Biey parking kereta. Alhamdulillah, orang tak ramai pun. Ekeke. Time aku punya appointment mesti tak ramai, tapi time Irdina, hadoii sabau je la.



tido. tido. ngeh ngeh.


Sementara tunggu biey sampai aku duduk kat kerusi. Macam biasa Irdina pun mula la merengek-rengek. Sekarang dia dah tak mo kita dukung sambil duduk dah. Mesti nak dukung sambil berdiri. Berdiri tu pun jangan la nak diri sesaja, nak kena goyang-goyang juga. Nak kena jalan-jalan juga. Kalau tak, menangis la kejenya. Benda paling tak best kalau Irdina nangis, sume mata tengok kat aku macam aku tak reti jaga baby plak. Haptuih.

Suke la tu kena dukung.. xD


Disebabkan orang tak ramai, sekejap je dah sampai turn aku. Nurse tu mula la tanya macam-macam. Ni macam mana nak buat keje ni? sapa nak jaga baby ni? Ayah dia tak ikut ke? Haisyh, stress aku dibuatnya. Mata ni asyik duk tengok kat pintu klinik je. Mana biey nih?! Tiba-tiba biey muncul. Terus la aku bagi BB kat ayahnya dan pergi timbang & cek tekanan darah. Guess what? Berat aku turun 2 kg lagi. Yayy!! Tapi tekanan darah agak tinggi. Hua hua. Macam biasa, alasannya mesti sebab aku penat jaga baby. Tu nurse tu yang kata.




Penat memang penat. Tapi i loike! xD


Lepas cek urin (boring!!) kena tunggu kat depan bilik 3 plak. Masa tu tengok biey dah kena kerumun dengan budak-budak kecik. Semua nak tengok Irdina. Ahaha. Comel gila suasana time tu. Rasa nak snap picture je, tapi tak bawa kamera plak. Lagipun dalam klinik mana boleh tangkap gambar ye kawan-kawan. Masing-masing nak pegang Irdina. Pegang tangan la, sentuh pipi la, main selimut dia pun ada juga. Irdina macam biasa la kalau ada orang ajak main, mulut dia bising la. Selalu orang ramai, suara Irdina mesti tenggelam. Tapi sebab tak de orang, suara dia jelas la kedengaran.

Mak budak-budak tu ada juga tegur jangan usik baby, tapi yela mana la budak nak dengar kan. Eh, dengar..tapi kejap je. Pastu buat lagi. Ye tak? Serius, aku memang suka tengok budak-budak kecik main dengan baby. Nampak comel je. Dua-dua kecik kemetot. Contoh paling comel adik sepupu aku. Najian dengan Aqif. Dua-dua nie memang rapat. Kalau adik nangis, mesti kakaknya tolong pujuk. Sama juga time kalau kakaknya nangis. Padahal dua-dua kecik lagi masa tu. Comel giler! Ececeh, macam nak tambah sorang lagi je?

Sharifah Najian my adik sepupu. Pic Aqif susah nak cari sebab tak de fb? Hoho

Lepas keluar dari klinik, terus ke Jusco Alpha Angle. Nak makan, dah kelaparan. Kitorang makan kat Johnny's Restaurant. Tak tau la kitorang makan ke melantak. Macam-macam nak order. Tengah lapar la kata kan. Haha. Lepas tu terus balik rumah. Biey nak kena keluar pergi kursus untuk last day. Tengah duduk sedap-sedap atas katil tiba-tiba bunyi loceng rumah. Dah la aku tengah susukan Irdina.

"Kejap..!!"


Semangat jerit. Takut posmen blah, ingat tak de orang. Al kisahnya. Dah banyak kali posmen datang hantar barang tapi aku kot yang tak alert. So, kadang-kadang diorang blah dan terpaksa la my hubby pegi pejabat pos pick up barang sendiri. Untuk atasi masalah tu, aku cadang la beli loceng untuk rumah. Boleh on waktu siang dan off waktu malam. Ye la, kang berbunyi malam-malam ngeri la jugak kan. Hoho. Tapi, apsal tah, masih lagi ada barang yang tak dapat dihantar dengan jayanya. Bengang aku. Posmen tak nampak loceng kot? Sebab bunyik loceng tu kuat giler. Mustahil diorang tekan aku tak dengar. Mustahil weh.



Lepas pakai tudung dan angkut anak aku sekali. Yela, saje je bawa anak sekali supaya tak kena ngorat. Kah kah. Pastu mula la susah nak buka gate ambil barang, sengal je. Akhirnya sampai juga barang-barang untuk blogshop aku tu. Lama giler. Dekat 3 minggu. Ambik yang pos free punya pasal. Pasni kena tukar kot.

Oh, sebenarnya nak citer first time masak ketam kan. Punya la melalut. Tapi first time sejak kawin la. Kali kedua dalam hidup kot masak ketam ni. Haha. Kali pertama masak masa form 3. Masa tu mak dengan ayah nak pergi Johor nak ambil nenek dengan atuk bawa ke rumah kitorang. Nak jaga sebab nenek kena strok. Sebelum pergi tu mak pun sempat la ajar aku dengan kak Puza masak resipi ni. Tapi tu Ketam Masak Lemak Cili Api. Semalam biey request Ketam Masak Pedas. Suka-suka je aku bagi tajuk resipi. Ahaha. Paling bermakna, bila dapat pujian dari suami. Ngeh ngeh.


letak gambar Mr Crab sebab tak nak tunjuk masakan sendiri.


Tak pandai masak pun ;(

17 cupids:

Rozana Razali said...

lamanya sis xupdate.. =P

suffer8zine said...

den pon x reti masak ketam :P

Terkini : 10 Kereta Termurah Di Dunia

Mommy Pinky said...

@Rozana Razali
lama ke.. ;p

Mommy Pinky said...

@suffer8zine
lelaki xpe lew !! xD

nurul huda said...

hehe. sedapnye ketam. lame dah tak makan.

DiahRodzi said...

hahah...hari neh diah mkn ketam jgk..yeah...hohoho..ketam masak cili api....
holiao lah..:)

Mommy Pinky said...

@nurul huda
sama la. lama dah tak makan. semalam baru dpt makan :)

Mommy Pinky said...

@DiahRodzi
wow, sedap nyer..!! nak sikit !! xD

tNie si keCiK said...

heee..sodapnyeee ketammm..lame x mkn..tp sy alah sket seafood..ngeee~~ pdahal hantu udang..gagagaga..~~

kak fuza said...

cian humaira muke tkujat sbb cube disentuh pkcik domi. kuh3

Mommy Pinky said...

@tNie si keCiK
habisla kalau duduk rumah mommy. hari2 seafood..hihi :)

Mommy Pinky said...

@kak fuza
patutla muka irdina tak gumbira :D

Fiza Amran said...

sedapnya .. letak la resepi

Mommy Pinky said...

@Fiza Amran
ewah, resepi la plak :D

AnAk dEneSor said...

wah pasni leh la masakkn tok iera yea..hihihi

❤ Baby Yats ❤ said...

a'ah..letakla resepi...kita nak cuba gak..ngee

Mawar Merah said...

Wow. Org dh bertahun lmnye xmkn ketam dek kna berleter dgn hubby. Dia xbg coz org kan kuat migrain. Huk2.. Nak mkn ketam jugk... wuwu..isk2

Note: Only a member of this blog may post a comment.