Mommy Pinky's BB

Posted by Mommy Pinky On September 18,2010

..Terima kasih buat semua kawan-kawan yang sudah pun mengucapkan tahniah menerusi blog ini, facebook atau melalui entry kalian. Percayalah, korang memang pandai buat aku terharu. Ngeh-ngeh. Ok, hari ni update sikit je, nak taip panjang-panjang macam tak sempat je.....

BB Girl @ BB Boy? Akhirnya terjawab sudah..

Posted by Mommy Pinky On August 03,2010

..Susah sangat nak dapat kan gambar ni tau, sebab nya BB asyik tutup muka dengan tangan dia. Lepas tu siap sembunyi kepala belakang uri lagi. Jenuhla kami semua bercakap-cakap dengan BB suruh dia alih tangan. Lepas dah alih tangan, dia tutup muka dengan kaki pula. Hehe. Nasib baik staff tu ok. Sanggup menunggu. Memang lama giler. Hehe....

Tendangan pertama si comel..!! ;)

Posted by Mommy Pinky On May 21,2010

..Semalam lepas memasak, jam di ruang tamu dah menunjukkan waktu 08.00 p.m. Rilek-rilek jap atas katil. Penat berdiri tadi. Biey teman kejap je, lepas tu dia pergi mandi. Masa tu, aku dah rasa perut ni macam berdenyut-denyut belah kiri. Aku biar je. Lama-lama makin aktif plak. Aku tengok perut lama-lama sket, nampak perut ni bergerak-gerak macam kena tendang dari dalam. Terbonjol-bonjol perut aku ni. Hihi....

Signs of Pregnancy

Posted by Mommy Pinky On December 31,2009

.."Ada kemungkinan mengandung? Lagi bagus kalau cek dulu. Kalau tak kita anggap mengandung je sebab untuk orang mengandung, tak semua ubat dibenarkan" (aku pandang biey, biey pandang aku) Akhirnya, biey suruh buat je ujian kehamilan tu. Alang-alang kan.. Then minah misi tu pun bagi la aku satu botol cute. Cute la sangat. Pasrah...

Kakak Sayang Adik, Tuhan Lebih Sayangkan Adik..

Posted by Mommy Pinky On May 29,2009

"Adik, cepat salam. Kakak nak balik dah,” tangan kuhulur kepada adik yang asyik menonton rancangan kartun kegemarannya. Cukup 2 hari berada di rumah, tibalah masa untuk kembali pulang ke Kuala Lumpur..

3.19.2011

Bulan Happy Birthday

----ENTRY KHAS BUAT FAMILY----



Kenapalah pulak tajuk macam tak de arah tu? Heh. kak Puza & Fatin, agak nyer tertunggu-tunggu mana si Jana @ Kak Jana ni? Tak kan lupe kot? Kih kih. Harap maaf ye, saudari2 sekalian, saya tak pernah lupe tarikh hari ni. 19 Mac memang menarik sebabnya dalam family, kakak dan adik aku sama-sama berkongsi tarikh hari lahir. Wah, dengkinyerr hakus!




Masa kecik-kecik dulukan, suke sangat dengki kat kak Puza sebab konon2 macam semua orang suke lebihkan dia la. Maklumlah, anak sulung. Contos-contosnya, baanyakkk. Maklumlah kalau bab mendengki nih, memang banyak je kalau nak carik sebab kan. Tapi, bungkus elok2 lah, tak yah buka dah cerita dulu2 tu. Sebab makin umur meningkat nih (rasa tua tetiba), pemikiran makin matang - sekurang-kurangnya lebih matang dari dulu. Ahaks. Dan, bila dah ada pengalaman sendiri, barula aku tau, bertapa bermaknanya kehadiran anak sulung ni. Eceh. So, tak de sebab dah nak jeles2 nih. Haisyh.


Baik, kalau nak cerita pasal kak Puza, ada banyak sangat kenangan-kenangan yang terpahat dalam otak nih. Maklumlah, umur tak jauh beza. 1 tahun je. Kira macam member la. Sampai sekarang, kalau jumpe, pot pet pot pet tak boleh berhenti. Paling tak bleh blah, kalau keluar sama-sama gi shopping. Jawabnya beratus2 la duit terbang. Saling membantu menghabiskan duit kaedahnya. ouh, sangat suke kenangan menghabiskan duit ketika shopping perfume & make up dulu.




Kisah Fatin plak. Hari kelahiran dia, aku ingat lagi. kak Puza yang siap-siapkan aku untuk ke Tadika. Sebab mak dah masuk hospital nak bersalin. Lepas tu, bila balik dari tadika, kak Puza yang darjah satu masa tu, dah bersiap nak gi sekolah pulak. Hah, tinggalla aku dengan emi plak. Kalau nak tau, kitorang ni memang nakal time kecik-kecik dulu. ohoo. kak Puza tak de, Mak dan Ayah pun tak de, hah, peluang baik. Pakat keluarkan boya (pelampung) main air kat depan rumah.

Ayah plak, garang giler dulu, dan sangat pantang kalau kitorang membazir. Main air tu dah kira membazir la oii. So, kena la kami di hari itu. Giler kantoi, tengah sedap-sedap meluncur, ayah ngan mak balik. Pucat lesi nampak kereta Proton Saga tiba-tiba dah sampai depan pagar. Tak sempat nak sembunyi kan boya. Tak sempat nak keringkan depan rumah. Ewah, rancangan dah A++. So, masa tu la Fatin kali pertama balik rumah.


Act, Fatin ni aku anti giler masa kecik-kecik dulu. Gila tak gila. Dengan adik pun dengki gak? Tapi yang peliknya, dia ni la suke sangat melepek kat aku. Kesedaran bermula pada suatu hari. Tiba-tiba je, aku terfikir dan mengalami keinsafan sendiri. Psyco tak? Hari ni aku layan dia buruk-buruk, nanti dia dah besar dia benci aku camne? Eceh. Sejak hari itu, baru la aku cuba menerima beliau seadanya. Kih kih.

Ok lah, dah cukup rasanya cerita pasal adik beradik aku ni kot buat masa ni. Sebenarnya, bulan 3 ni 3 minggu pertama memang penuh jadual birthday family aku. Agak sengal di situ kalau terlupa. Cuba cek kalender sekarang. Tak pelah, aku tepek kalender cute nih.



3rd March - Ayah
12th March - Emi
19th March - Kak Puza & Fatin



Ahaha. Aku sorang gak la yang tiba-tiba sesat bulan November. Huhuh T_______T

Alang-alang buat entry nih, nak buat analisis sikit pasal Rahsia Tarih Lahir by Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah



Kesimpulannya, wah, sangat tepat!! hehe, tapi tak semuala, kalau tak de kat ayah, ada kat kak Puza..kalau tak kak puza, emi plak, atau pun patin. Tapi yang mana ek, semua ada sifat tu? Aku rasa, bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan merealisaikan impiannya. InsyaAllah.

Happy Birthday Kak Puza!!
Happy Birthday Fatin!!


Suka baca Rahsia Tarikh Lahir sendiri, sebab konon2 sangat tepatla.. ^___^ !!



6 cupids:

Miss Butang said...

:)

Uptown Lady said...

hihih..sy pun suka baca rahsia tarikh lahir..hampir 70% memang tepat..wallahualam..

ciknabil-a said...

happy birthday wat family akk yg smbut bfday. :)

cik mieza said...

smpai kn wish birthday sy utk dyowg mommy pinky :)

suffer8zine said...

pape pun happy birthday!

Terkini : Gambar Supermoon Yang Awesome

uwmaisarah said...

bulan nov oke ape k.zana ^_^
scorpio tuh, bese orang scorpio ni chumel2 je, haha.

Note: Only a member of this blog may post a comment.