Mommy Pinky's BB

Posted by Mommy Pinky On September 18,2010

..Terima kasih buat semua kawan-kawan yang sudah pun mengucapkan tahniah menerusi blog ini, facebook atau melalui entry kalian. Percayalah, korang memang pandai buat aku terharu. Ngeh-ngeh. Ok, hari ni update sikit je, nak taip panjang-panjang macam tak sempat je.....

BB Girl @ BB Boy? Akhirnya terjawab sudah..

Posted by Mommy Pinky On August 03,2010

..Susah sangat nak dapat kan gambar ni tau, sebab nya BB asyik tutup muka dengan tangan dia. Lepas tu siap sembunyi kepala belakang uri lagi. Jenuhla kami semua bercakap-cakap dengan BB suruh dia alih tangan. Lepas dah alih tangan, dia tutup muka dengan kaki pula. Hehe. Nasib baik staff tu ok. Sanggup menunggu. Memang lama giler. Hehe....

Tendangan pertama si comel..!! ;)

Posted by Mommy Pinky On May 21,2010

..Semalam lepas memasak, jam di ruang tamu dah menunjukkan waktu 08.00 p.m. Rilek-rilek jap atas katil. Penat berdiri tadi. Biey teman kejap je, lepas tu dia pergi mandi. Masa tu, aku dah rasa perut ni macam berdenyut-denyut belah kiri. Aku biar je. Lama-lama makin aktif plak. Aku tengok perut lama-lama sket, nampak perut ni bergerak-gerak macam kena tendang dari dalam. Terbonjol-bonjol perut aku ni. Hihi....

Signs of Pregnancy

Posted by Mommy Pinky On December 31,2009

.."Ada kemungkinan mengandung? Lagi bagus kalau cek dulu. Kalau tak kita anggap mengandung je sebab untuk orang mengandung, tak semua ubat dibenarkan" (aku pandang biey, biey pandang aku) Akhirnya, biey suruh buat je ujian kehamilan tu. Alang-alang kan.. Then minah misi tu pun bagi la aku satu botol cute. Cute la sangat. Pasrah...

Kakak Sayang Adik, Tuhan Lebih Sayangkan Adik..

Posted by Mommy Pinky On May 29,2009

"Adik, cepat salam. Kakak nak balik dah,” tangan kuhulur kepada adik yang asyik menonton rancangan kartun kegemarannya. Cukup 2 hari berada di rumah, tibalah masa untuk kembali pulang ke Kuala Lumpur..

4.12.2011

Jom Main

Video ni dah upload semalam, tapi macam problem skit. Semua dah rindu nampaknya kat budak kecit nih. Hmm..

Act, my baby boo ni dah banyak peningkatan tapi mama dia tak sempat nak publish cerita-cerita kat blog. Oh sedihnya!! Tak pe, gambar bukti masih ada. Nak kena rajin transfer ke lappy dulu & mana yangdah transfer tu nak kena rajin cari folder la plak. Huhuh.

Apepun, layan je la video ni. Boleh la tengok BB dah pandai main golek-golek. Ruang tamu ni memang dah habis dia jelajah. Tapi dia memang tak pernah sampai ke dapur. Haha. Ada satu hari tu, tinggal dia kejap nak gi memasak kat dapur. Lepas tu mulut dia pun dah bising-bising tak nampak mama nya ni. Aku pun semangat la jerit dari dapur,


"Mama kat sini. Meh sini, meh".

Tapi, makin kuat plak nangisnya. Sebab dari dapur, dia dengar suara je, kelibat mamanya tak nampak. Misteri sangat la tu. Time masak memang malas nak ngendong dia sana sini. Kadang-kadang rajin gak pakai alat dukung baby tu, tapi kesian kat BB sebab walaupun ada kipas kat dapur dia punya berpeluh tu tak hingat. Lepas tu nampak sangat bosannya.

Selalunya mesti dia tertidur akhirnya. Kesian aku tengok. Huhu. So, berbalik kepada kisah tadi tu kan, aku duk dengar dia meraung-raung. Aku pun intip la dia dari celah dapur. Dia boleh terperanjat tengok aku. Alah, kalau korang terkejut macam mana? Nampak tersentap gitu kan? Hah, macam tu la dia. Lepas tu dia mengesot laju2 ke arah aku sambil air mata meleleh-leleh. Touching giler time tu. Siannya anak aku nih. Kene tinggal. Oloh, macam la jauh sangat dapur tu. Keh keh.











Sekarang ni my BB dah dewasa tau, sebab dah mula makan makanan dewasa. Ahaha. Puri la, tak kan la makan nasik plak. Gigih aku masak setiap hari kat dapur. Tapi tak kan lupa kenangan hari pertama menyuap BB makan. Dia punya eksited tu kemain lagi. Kita ni plak risau nak bagi makan bebanyak. Yela, baru kali pertama makan selain susu. Hmm. Dia plak duk nganga2 nak lagi. Haisyh.

Paling tak tahan dia boleh bantai nangis kalau lambat suap. BB, ni bukan susu berterusan je masuk mulut. Sian mama tau ;(



Ini videonya ye ^^


Tarikh video 27 March 2011



Nanti nak upload video bebanyak. Kih Kih.

19 cupids:

ciktanah said...

alahaiii comeinyaa dia senyumm kakk.. kak, akak edit video pakai software apa kak?

.: iEyLa :. said...

alolo..comeynye BB ni...
cubit sket la..mummy die kat dapur tu..
xnampak kot..hehe

syAzAnA said...

alahai. dah besar dh anak akak. hehe. comel ahh. gerammm! rawr!

Mommy Pinky said...

@ciktanah
akak gune movie maker :D

Mommy Pinky said...

@.: iEyLa :.
uit, main cubit2 aaa...

Mommy Pinky said...

@syAzAnA
iye, dh mkin besar dah, nnt nk pegi sekolah dh.. :)

Ijah EmoTemo said...

comel nya dia senyum. geram tgk.

p/s: kak zana , lagu apakah yg akak guna dlm video tu? sedap lah pulak bila dgr. ekekek.

Miss Butang said...

:'(

Nadiah said...

nasi kosong je..nape tak letak lobak n kentang...ada rasa lemak2 n manis2 sikit...

Mommy Pinky said...

@Ijah EmoTemo

mi ahn hae ya ha neun guh ni - as one
lgu dr Chun Hyang, The Sassy Girl kih kih

Mommy Pinky said...

@Miss Butang
oloh, dtg la rmh kak jana..huhuhu

Mommy Pinky said...

@Nadiahni first time bg mkn xblh terus cmpur bhn lain, kene study dlu penerimaan byi terhdp mknn :)

iffah imani said...

comel nya geram lah nak cubit...

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

alahai.. comeynyer Irdina..
dh pandai mkn bubur nasi yer..
maman byk², nnti cpt besar.. =)

Mawar Merah said...

Irdina dh pandai dh golek2.. Sgt comel bila tersenyum bila diagah..

umie said...

alahai..comelnyer...geram nyer nak gomol2 dia...

cikpuanhady said...

ololo..so cutee..

dear, nak tanya, result baby tido tu dah announce ek?

Blogshop kami :Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Meh klik sini

Jom skodeng :Belog Kami : Notre Belle Histoire

Fiya Ahmad said...

alololorrr.. comelnye dia :D

dydy said...

comey nye! mate bulat! :D

Note: Only a member of this blog may post a comment.